Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada semua warga MPD (Malaysian Police Department) Habbo ini.
Sebagai pembuka kata, marilah kita panjatkan syukur Alhamdulillah kerana diberikan nafas oleh Allah S.W.T untuk meneruskan hidup kita yang serba serdahaha ini.
Hai saya Harhuzakimi, pada mulanya saya menyertai MPD dua bulan lepas adalah kerana kawan baik saya iaitu yayanaa, permulaan penyertaan didalam syarikat ini adalah untuk bersama-sama menemani yana (nama panggilan yayanaa) bekerja, dan yana jugalah yang train saya untuk bekerja di MPD, tapi tak sangka saya masih ke kekal di MPD sehingga hari ini Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah kerana mengurniakan sahabat yang baik seperti yana, dialah sahabat yang banyak membantu dikala susah dan senang aku di habbo, maafkan aku kalau ada buat salah dan silap sepanjang perkenalan kita 2010-kini, kau seorang sahabat yang sporting senantiasa
Pada permulaan juga ketika itu bersama yana seorang habbo yang bernama MegumiTheCool, saya baru mengenalinya ketika singgah di MPD, sepanjang mengenali Meg (nama panggilan MegumiTheCool) dia seorang yang cuba menjadi manusia yang tabah, seorang hamba Allah yang suka menegur dan memberi nasihat kepada rakan sekerja di MPD, walaupun teguran dan nasihatnya itu begitu sentap saya cuba mengambilnya dengan positif. Meg seorang yang hati kering maksud saya tabah dan cekal menghadapi hidup di MPD dan hidup sebenarnya, walaupun baru-baru ni beliau menghadapi masalah namun beliau tetap kuat meneruskan perjuangan hidup, saya kagum dengannya, kerana dialah sahabat yang baru saya kenal dan selalu menasihati saya di MPD agar bersabar ketika bekerja disini dan berlemah lembut ketika melatih pekerja baru yang nak join MPD, terima kasih Meg dengan apa selama ini kita alami bersama, baru-baru ni saya ada tertengking awak pasal hari itu dan saya minta maaf kerana waktu itu nafsu amarah saya memberang maafkanlah saya hamba Allah yang tidak sempurna ini, namun pada saat hari itu awak sudah mahu bercakap dengan saya, syukur Alhamdulillah mungkin awak sudah memaafkan saya, terima kasih jadi sahabat kepada diriku.
NasiGorengUSA (dikenali sebagai Lupi) dan Hitman05 (dikenali sebagai Hariz) merupakan Ownership MPD yang sporting, belum kenal dengan diorang ni dengan lebih mendalam InsyaAllah suatu hari nanti, diharap sepanjang perkenalan kita didalam MPD Habbo ni dapatlah kita bekerjasama dengan baik mudah-mudahan dan menjadi rakan sekerja yang baik dimasa akan datang amin..
Walz: merupakan seorang admin MPD yang tegas, namun saya percaya diluar sana dia seorang yang baik dan ramah, diharapkan dapat kita bekerjasama dimasa akan datang di MPD InsyaAllah, chill
Kiko merupakan apa di MPD xtaulah rasanya dia pekerja MPD yang disegani, tahun ni dia ambil SPM harap-harap keputusan dia baik Amin.. Kiko merupakan menulis yang berbakat dia boleh menulis cerita, salah satu cerpen atau karyanya berada di forum habbo MPD dengan menggunakan watak-watak pekerja yang dikenali pada ketika itu, dia belum online habbo lagi semula selepas SPM, harap dia kembali ke sini lagi rindu dengan episod cerpen yang terbaru membuatkan peminat yang membacanya tak sabar-sabar nak tunggu sambungannya, Kiko cepatlah pulang ke MPD kami merinduimu huhu
Hong, namanya pun sudah kita dapat agak iaitu dia daripada bangsa Cina, satu-satu kawan habbo dan kawan sekerja habbo orang Cina yang akrab, saya puji Hong dia berkawan dengan semua dan boleh bercampur dengan warga MPD yang majoritinya Melayu. Nak berkawan jangan memilih bangsa, silaturrahim sesama kita diseluruh dunia yang pelbagai kaum harus disemaikan InsyaAllah. Saya harap Hong berjaya dalam hidup tidak kira di habbo atau didalam hidupnya yang sebenar Amin.. Chaiyok Hong!
Hong sekarang pakai akaun habbo ini:
Epa, Epa merupakan adik kandung kepada yana (yayanaa) yang baru ku tahu tahun ini akibat lambat dapat tahu, ku sangkakan kawan rupanya adik beradik lol, setelah mengenali epa beberapa tahun lepas rupanya dia ini meminati siri Harry Potter, sebab itulah saya selalu memanggil beliau Epa Granger (diambil dari nama watak utama Harry Potter iaitu 'Hermione Granger'). Diharap sepanjang perkenalan kita jikalau ada salah silap harap dimaafkan ya, chill
Sepanjang saya bekerja di MPD ini, ada kala kenangan pahit dan manis tidak akan dilupakan menjadikan pengajaran didalam hidup saya sepanjang 2014, dengan berkat usaha dari dahulu hingga kini saya mencapai ke rank yang terkini Alhamdulillah, terima kasih warga MPD yang banyak memberi tunjuk ajar secara langsung atau tidak langsung saya hargai, saya juga meminta ampun dan maaf jikalau ada khilaf salah dan silap sepanjang berada di MPD, dan saya akhiri ucapan saya semoga berjaya dengan apa dikerjakan atau diazamkan bagi tahun hadapan, SELAMAT TAHUN BARU 2015.
Yang Benar
------------
Harhuzakimi
------------
P/S: Azam tahun baru, nak habiskan diploma (kantoi bukan budak sekolah hehe), nak kuruskan badan, cuba tak makan malam, memulakan projek yang diidamkan InsyaAllah amin.. Chaiyok diriku